Menurut buku hasil
penulisan Ocvirk, Stinson,Wigg, Bone dan Cayton yang bertajuk
ART FUNDAMENTALS Theory and Practise,
DEFINISI ARCA:
Definisi arca mempunyai makna yang
berbeza-beza dengan meliputi pelbagai aspek pelaksanaan sejarah. Perkataan arca
ini berasal daripada kata kerja ukiran Latin, yang merujuk kepada proses
ukiran, memotong, atau membuat ukiran.
Definisi Orang Yunani purba' arca juga termasuk
dalam pembuatan pemodelan bahan-bahan tersebut yang mudah dibentuk seperti
tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka dalam melegakan (dengan
kedalaman yang cetek) atau pada pusingan (berdiri sendiri-freestanding). Dengan
bahan-bahan ini, orang-orang Yunani membangunkan standard yang ideal bagi
bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir.
Arca
adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi yang mempuyai nilaimestetika
yang tinggi. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan
tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu
Peringatan. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.
Mementingkan unsur ruang
dan bentuk dan imbangan. Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan
imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah
diambilkira.
Arca
bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak
pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi
untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan
peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan
melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua
kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Contoh arca realis, 'Statue
of Habacuc' (1423-35) oleh pengarca Donatello
Contoh arca hyper
realistic oleh pengarca Ron Mueck
Contoh arca abstrak
'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal , 1964, bahan : kayu
Asemblaj
adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun
cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya
aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga
boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur
iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan
terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan
bahan-bahan yang terdapat di rumah.
Bicycle
Wheel
Marcel
Duchamp, 1951
Arca Timbulan
Arca
ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi
yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi
antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi
figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan
kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973)
adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh
kiubisme dalam arca timbulan ini.
Henri
Matisse - Back, IV,
1930-1931
Jacques
Lipchitz
Maquette
No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)
(Arca timbulan (relief) pada
permukaan dinding sebagai monumen untuk memperingati Korban
40000 Jiwa Kota Parepare.)
(Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang dipamerkan
di Muzium Louvre, Paris.)
Stabail
ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum
dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang.
Rekaan
stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,
tingkap , atau pintu siling.
Calder,
Alexander
"Stabile,
Paris-La-Défense" - (1976)
(Carder, Alexander‘
Stabile,Paris-La-Defense-(1976)
Calder,
Alexander -
"Hollow
Egg" - (1939)
Mobail
merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya
bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra
bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian
mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau
berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang
digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk
membolehkannya bebas bergerak.
Arca
ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas
syiling. Arca ini dipelopori oleh Alaxender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika
dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi
pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
Arca
mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu,
graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti
digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih
tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar
ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia
bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan
Contoh-contoh arca
mobail:
ALEXANDER
CALDER
American,
1898-1976)
The
Star, 1960
Polychrome
sheet metal and steel wire
35 3/4
x 53 3/4 x 17 5/8”
Alexandel
Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris
Red
Mobile, oleh Alexander Calder, 1956
Menggunakan
bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza
Ideanya
daripada planet dan digantung dengan dawai
Mengunakan
bahan kayu atau board yang digantung dengan tali
Penggunaan
bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan
Idea
daripada kelawar dan digantung dengan dawai
menggunakan
bahan besi dan mempunyai 4 warna
Idea
daripada rama-rama yang berwarna-warni
Menggunakan
motif lilin dan cahaya
motif
manusia menggunakan bahan kertas
Menggunakan
gambar sebagai idea
(Arca ikan gergasi ini dibuat menggunakan botol plastik yang dibuang. Ia
berada di pantai Rio de Janiro, Brazil. )
Arca Gabungan
Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga
tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri
atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding
kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan
berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk
menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
KATEGORI ARCA:
Arca Estetik dan Arca Berfungsi
Arca Estetik
Arca
Estetik Merupakan arca yang dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia
dipamerkan diruangan galeri atau ruang dalam bangunan sebagai penghias. Arca
sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya pemikiran yang kritis
untuk memahami maksud taua mengintepritasikannya.
Contoh Arca
Estetik
Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi
Arca Berfungsi
Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan
tertentu. Contohnya patung kaum peribumi Malaysia dihasilkan sebagai lambing
kepercayaan dan digunakan dalam upacara ritual mereka. Arca berfungsi ini
merupakan jenis arca terawal yang dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di
taman permainan, selain menghias ia juga berfungsi sebagai tempat kanak-kanak
bermain.
Contoh Arca
Berfungsi
arca patung Buddha berfungsi sebagai alat penyembahan
Topeng
Topeng
arca berfungsi jam dinding
arca kerusi yang berbentuk unik dan boleh digunakan untuk duduk
arca berfungsi sebagai lampu
tempat permainan kanak-kanak yang berbentuk unik
taman permainan kanak-kanak
SEJARAH ARCA:
Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada
gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian
dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan
sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan
India.Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan
pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil
‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500
tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh
Michealangelo.
Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular
dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan
kepercayaan mereka.Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony
Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.
Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca
ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain.
Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut
ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu
Peringatan Kuala Lumpur.
Arca-arca
Yang Terdapat Di Malaysia
Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang
diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan
serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light,
atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert
Walker.
Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca
timbulan di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat
imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan. Arca timbulan
tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri.
Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal
marmar dan gangsa) telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan
arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief
), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu
terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam
bangunan, mural tersebut menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu
ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah
dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang berada
dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun 1932 itu
ia tetap membawa identiti Tanah Melayu.
Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang
pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di
Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan
ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk
memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia
Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
(“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif
Mohidin)
Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala
Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca
terkenal Ramlan Abdullah untuk membina arcanya di perkarangan
bangunan baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by
Axiata” 2010 menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang
tertinggi setakat ini di Malaysia. Menjadi ikon terbaru Axiata dan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas 13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja
oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah
arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank untuk menjadi teman
kepada arca ‘keris’. Dengan tajuk ‘Segerak- One Movement
,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading,
tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan
Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M.Masyarakat zaman tamadun awal seperti
orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka
jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini,
subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya
sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.
Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam
bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang
berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas
Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih
daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya
kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.
Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang
diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika
itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan
ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai
contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan
satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan
mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan
Alberto Giacomitti.
Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya
bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan.
Sebagai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri. Pada
sekitar tahun 1960-an pengarca-pengarca di Malaysia mula membentuk arca moden.
Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau (Rimba),
Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian.