Thursday 9 October 2014

Proses Projek ARCA


PROSES PENGHASILAN UKIRAN LAKARAN IDEA YANG DIPILIH ( TEKNIK LUAKAN-UKIRAN)



paku dengan ukuran 6inci untuk membuat acuan tanah untuk proses ukir arca relief


kayu yang telah siap dipaku 6inci x 6inci dan masukkan tanah kedalamnya.


ratakan tanah.

pastikan tanah rata dan bentuk petak untuk diukir

 mampatkan tanah supaya tiada gelembong udara

 taah yang sudah siap dan tunggu sehingga kering

 tanah sudah siap dicabutkan papan


hasil tanah yang sudah siap

proses mengukir







tanah yang sudah siap diukir disapukan dengan rubber silicon

potong bahagian tepi untuk memudahkan proses acuan

 acuan getah yang telah siap


proses membuat mother mould

bancuh pop

tuakan pop dalam kayu yang berukuran besar dari tanah 6inci x 6inci

mother mould yang sudah siap

proses membuat arca menggunakan bahan POP






LAKARAN IDEA ( ARCA RELIEF )

TEMA PROJEK : WARISAN MALAYSIA "UNIKNYA MALAYSIA"


Projek kali ini bertemakan Warisan Malaysia tentang keunikan Malaysia dengan memfokuskan kepada Malaysia Melaka dengan permainan congkak, dan alat muzik gong yang merupakan harta yang sangat berharga bagi masayarakat Iban di Sarawak. Seterusnya gasing, di mana permainannya popular di seluruh Malaysia. Subjek pilihan pada kali ini dipilih bagi menghasilkan arca relief pada kali ini. contoh subjek mater lain adalah wau dan wayang kulit.

Antara contoh lakaran idea untuk menghasilkan arca relief yang bertemakan " keunikan Malaysia"



LAKARAN IDEA 1
SUBJEK: Congkak, gong, gasing dan 2 orang wayang kulit.




LAKARAN IDEA 2
SUBJEK: Congkak, gong, gendang, 2 unit gasing dan 2 orang wayang kulit.




LAKARAN IDEA 3
SUBJEK: Congkak, gong, dan gasing.
LAKARAN YANG DIPILIH SEBAGAI KARYA AKHIR ( ARCA RELIEF )




LAKARAN IDEA 4
SUBJEK: Congkak, gong, waw, 2 unit gasing dan 2 orang wayang kulit.




LAKARAN IDEA 5
SUBJEK: 2 unit congkak dan gong




LAKARAN IDEA 6
SUBJEK: Congkak, gong,dan gasing.



Wednesday 8 October 2014

Subjek Kajian & Sumber Idea

TAKRIFAN MALAYSIA


"UNIKNYA  MALAYSIA"

Subjek kajian dan sumber idea saya berkaitan takrifan Malaysia adalah berkaitan dengan negeri Kelantan. Di mana saya memilih congkak, wau, wayang kulit, gasing dan juga gong sebagai identiti Malaysia. Idea saya lahir dari adanya imej-imej ini.

CONGKAK



Jenis                          :          Permainan Anjung 
Objek Warisan            :          Congkak


    Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji salak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, dan tersebar meluas di ‘Dunia Melayu’.

ASAL USUL

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika  atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographicmenjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari.

     Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah ‘Sungka’.

     Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

       Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman-lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.

CARA BERMAIN

      Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.

     Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.

     Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di ‘rumah’ mereka.

     Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’. Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.

PAPAN CONGKAK

     Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

WAU



Jenis                          :           Permainan Laman
Objek Warisan           :           Wau Tradisi Malaysia


      Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai Barat Semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Seawal kurun ke-15, wau telah dimainkan oleh orang Melayu sebagaimana tercatat dalam Sejarah Melayu tentang anak raja dan penduduk Melaka bermain layang-layang.

GONG


Gong dan pemalu



Koleksi gong yang digunakan untuk gamelan


     Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

       Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indichina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

      Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974.Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan dan Terengganu menggunakan nama Gong.

       Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

         Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

       Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai "tawak". Gong yang lebih kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai" dan yang paling kecil ialah "engkerumong". Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat berharga bagi masayarakat Iban di Sarawak.






GASING





Jenis                          :          Permainan Laman
Objek Warisan           :          Gasing

     Permainan gasing popular di seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara ini. Sejak zaman berzaman, dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di kalangan masyarakat agraria sementara menanti musim panas. Kemudian menjadi acara pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.

     Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.

SEJARAH PERMAINAN GASING

ASAL-USUL

     Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati.

PERKEMBANGAN PERMAINAN GASING

     Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.

PERMAINAN GASING MASA KINI

     Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh.

CARA MEMBUAT GASING

     Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.


JENIS-JENIS GASING

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

GASING LEPER KELANTAN




Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.


GASING URI




Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan agak leper
Berat: 6 kg
Lilitan: 60 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.


GASING KUNO




Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

GASING BABA




Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur


GASING JANTUNG




Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.


GASING TANJUNG




Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.


Pengenalan ArCa ??




Menurut buku hasil penulisan Ocvirk, Stinson,Wigg, Bone dan Cayton yang bertajuk

ART FUNDAMENTALS Theory and Practise,



DEFINISI ARCA: 

Definisi arca mempunyai makna yang berbeza-beza dengan meliputi pelbagai aspek pelaksanaan sejarah. Perkataan arca ini berasal daripada kata kerja ukiran Latin, yang merujuk kepada proses ukiran, memotong, atau membuat ukiran.

Definisi Orang Yunani purba' arca juga termasuk dalam pembuatan pemodelan bahan-bahan tersebut yang mudah dibentuk seperti tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka dalam melegakan (dengan kedalaman yang cetek) atau pada pusingan (berdiri sendiri-freestanding). Dengan bahan-bahan ini, orang-orang Yunani membangunkan standard yang ideal bagi bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir.

 Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi yang mempuyai nilaimestetika yang tinggi. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.


CIRI-CIRI ARCA:

Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan.  Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.

JENIS-JENIS ARCA:

        Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
           

Contoh arca realis, 'Statue of Habacuc' (1423-35) oleh pengarca Donatello


Contoh arca hyper realistic oleh pengarca Ron Mueck 


Contoh arca abstrak 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal , 1964, bahan : kayu




Arca Asemblaj

        Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.


Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan

           Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.


Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931


 
Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)



(Arca timbulan (relief) pada permukaan dinding sebagai monumen untuk memperingati Korban 40000 Jiwa Kota Parepare.)


(Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.)

Arca Stabail

         Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.


Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)


 (Carder, Alexander‘

Stabile,Paris-La-Defense-(1976)



Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)


Arca Mobail 

           Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

         Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alaxender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

          Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar  ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

Contoh-contoh arca mobail:


ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”




Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris



Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956



Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza



Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai



Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali



Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan



Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai



menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna



Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni



Menggunakan motif lilin dan cahaya



motif manusia menggunakan bahan kertas



Menggunakan gambar sebagai idea



(Arca ikan gergasi ini dibuat menggunakan botol plastik yang dibuang. Ia berada di pantai Rio de Janiro, Brazil. )

Arca Gabungan

Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

     Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.




KATEGORI ARCA:

Arca Estetik dan Arca Berfungsi

Arca Estetik

       Arca Estetik Merupakan arca yang dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia dipamerkan diruangan galeri atau ruang dalam bangunan sebagai penghias. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami maksud taua mengintepritasikannya.

Contoh Arca Estetik

 

Bayu Utomo , 'Bujang Berani', 1991, bahan : besi




Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi



Arca Berfungsi

Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan tertentu. Contohnya patung kaum peribumi Malaysia dihasilkan sebagai lambing kepercayaan dan digunakan dalam upacara ritual mereka. Arca berfungsi ini merupakan jenis arca terawal yang dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di taman permainan, selain menghias ia juga berfungsi sebagai tempat kanak-kanak bermain. 


Contoh Arca Berfungsi


arca patung Buddha berfungsi sebagai alat penyembahan



Topeng



Topeng



arca berfungsi jam dinding


arca kerusi yang berbentuk unik dan boleh digunakan untuk duduk


arca berfungsi sebagai lampu



tempat permainan kanak-kanak yang berbentuk unik



taman permainan kanak-kanak

SEJARAH ARCA:

Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.

Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.


Arca-arca Yang Terdapat Di Malaysia

Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light, atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert Walker.





Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca timbulan  di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan.  Arca timbulan tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri. Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal marmar dan gangsa)  telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief ), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam bangunan, mural tersebut  menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun 1932 itu ia tetap membawa identiti Tanah Melayu.

  


Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.


(“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin)


Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan Abdullah  untuk membina arcanya di perkarangan bangunan baru mereka di kawasan  KL Senteral.  “Prisms by Axiata” 2010  menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang tertinggi setakat ini di Malaysia.  Menjadi ikon terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur.




Selepas  13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank  untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’.  Dengan tajuk  ‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M.Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.

Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.

Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan Alberto Giacomitti.

Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Sebagai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri. Pada sekitar tahun 1960-an pengarca-pengarca di Malaysia mula membentuk arca moden. Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau (Rimba), Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian.