Congkak adalah sejenis
permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang
di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji salak, biji getah, biji guli
dan lain-lain. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi, dan tersebar meluas di ‘Dunia Melayu’.
ASAL USUL
Congkak yang dipercayai
berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari
gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographicmenjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang
selari.
Dari Timur Tengah, permainan
ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang
Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di
Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana
melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di
Indonesia, congkak dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah
‘Sungka’.
Pada zaman dahulu, golongan
istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah,
sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek
lubang di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak
dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga
peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam
lelaman-lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam
budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam
telefon bimbit hari ini.
CARA BERMAIN
Congkak hanya boleh dimainkan
oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan
dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan di tengah.
Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu
lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji
pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan
satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang
terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain
akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu
demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti,
Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu
mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di
‘rumah’ mereka.
Pihak lawan mengambil giliran
meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis diletakkan. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji
yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati
di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati. Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang
‘pemenang’ itu mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang
dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’. Pemenangnya adalah dia yang telah
mendapat lebih biji.
PAPAN CONGKAK
Peralatan yang digunakan untuk
bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir
seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan
seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter. dalam ditebuk atas
permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali
dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
WAU
Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan
bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang
dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk
menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama
mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk
mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di
seluruh semenanjung Indichina dan kepulauan Nusantara ebagai
alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong
adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu
Buruuk, Terengganu pada 1974.Ia dihasilkan
sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh
hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari
perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi
dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama
tempat di Kelantan dan Terengganu menggunakan
nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara
penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini
diimport dari Indonesia,
terutama dari Jawa.
Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan
adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu,
gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan
berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi
mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama
orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai "tawak". Gong yang lebih
kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai" dan yang paling kecil
ialah "engkerumong". Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi
masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak
digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan
Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat
misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong
merupakan harta yang sangat berharga bagi masayarakat Iban di Sarawak.
Jenis
: Permainan Laman
Objek
Warisan :
Gasing
Permainan gasing popular di
seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara ini. Sejak zaman
berzaman, dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di kalangan
masyarakat agraria sementara menanti musim panas. Kemudian menjadi acara
pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.
Gasing merupakan sejenis permainan
tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting
tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif
untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan
terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta
permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai
faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai
hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat
mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan
pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat
menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing
kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang
meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap
kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran
dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing.
Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk
semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh
generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu
mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti
suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan
permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa
Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.
SEJARAH PERMAINAN GASING
ASAL-USUL
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan
tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu
tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti
kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan
yang dapat menghiburkan hati.
PERKEMBANGAN PERMAINAN GASING
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan
sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni
warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya
pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.
PERMAINAN GASING MASA KINI
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang
diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula
memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh.
CARA MEMBUAT GASING
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk,
merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak
mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga,
keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis,
jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.Kayu
tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang
telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah
rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta
dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri
sahaja.
JENIS-JENIS GASING
Jenis gasing yang
terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing
buku benang dan gasing pinang.
GASING LEPER
KELANTAN
youtube,the_game.gif (video) - Vimeo
ReplyDeleteyoutube,the_game.gif (game) on Vimeo, the_game.gif is free, unlimited and unlimited, high download youtube videos quality.