Pengarca
terkenal dalam penghasilan arca stabail ialah Jean Tinguely. Dilahirkan di
Switzerland pada tahun 1925. Beliau meminati bidang seni semasa belajar di Bale
antara tahun 1941-1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan
ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik. Pembabitan serius
beliau dalam bidang ini bermula apabila berhijrah ke Perancis dan bercampur
dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan
bertajuk ‘Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of
Art’.
Homeage
New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.
Arca
ini paling sukar untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan arca ini terdiri daripada pelbagai bahan terbuang. Tinguely
berjaya mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alat kimpalan. Beliau
menggunakan teknik olah, uun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca ini.
persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca dan
pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada arca
ini.
No comments:
Post a Comment